Kelas Mahir Pertanian Pintar Modul 14 - Penulisan Cadangan Projek Tanaman Pertanian Pintar

5 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Mei 2026, telah diadakan Kelas Mahir Pertanian Pintar Modul 14 bertajuk “Penulisan Cadangan Projek Tanaman Pertanian Pintar” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini berlangsung dari jam 9:30 pagi hingga 11:00 pagi.

Peserta perlu log masuk dalam sistem MTS dan menyertai kelas secara atas talian. Pembelajaran Modul 14 memberi panduan praktikal bagi membantu peserta menterjemahkan idea pertanian moden ke dalam bentuk dokumen rasmi yang profesional bagi tujuan meyakinkan pelabur, pihak bank, atau permohonan geran. Peserta akan didedahkan kepada tujuh elemen teras penulisan cadangan, teknik mengintegrasikan komponen teknologi pertanian pintar ke dalam pelan operasi, serta penyediaan unjuran kewangan dan pengurusan risiko yang realistik. Melalui pendekatan bengkel dan kajian kes, kursus ini bertujuan memastikan setiap peserta mampu merangka kertas kerja projek yang komprehensif, berdaya maju, dan memenuhi piawaian industri pertanian masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali